WANGIAN BOLEH BERTAHAN BERJAM-JAM DAN BAUNYA SEMERBAK MEWANGI BIARPUN DAH MANDI BERKALI-KALI
Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah kasturi.” (Shahih riwayat Muslim, Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).
DARI MANAKAH ASAL USUL KASTURI INI ?
Terdapat beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah menulis
"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga, Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan, pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat kesukaan dan kesenangan."
ABU Hurairah berkata:
"Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu?
Jawab Baginda: "Daripada air."
Kami bertanya: "Beritakan mengenai bangunan syurga!"
Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim). Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.